Thursday, April 28, 2011

i hate interview!!-entry lame dan berkepok part I.


Cehh..stiap kali datang mood aku nak mintak/bukak keja kat jobstret ke mane2 website yg ada kerja kosong ..time tula aku fikir btl ke aku nak aply keja ni???sebab nye aku mmg x suke ditemuramah..eceh mcm artis pulak..uhuk..soklan senang yg sukar dijwab..aku plg x suka they all tanye aku,ape kehebatan aku??wopp! blh ke nilai diri sndri huh..lol...


duduk tegak2 pasti tgn letak ats peha..pkai kemas..kena mekup sikit  jgn over mcm nak p knduri serta ckp dgn nada yg teratur..fuhh...bosan+ takut....sbb bila ditanya bnda yg aku x tau mmg aku nmpak cam bodoh gila.aku x suke! huwa.


for the time being,aku baru pegi inteview sbyak 3 kali..sob3x...1st time sure dpat..sbb skrg aku keja kat SCB ni..second x de resutl sapai sudah..3rd belom ade result lagi..kuikuikui.. sbenarnya, dah byk kali aku dapt intrwview tp dsbbkan aku x suka dan x yakin..aku mngecikkan diriku spya dorg x nmpak dan x pggil intrview..wee..sengall.. dah mmg aku takut..sape leh pakse tol x??


tp just untuk rujukan korang kat bwh ni ade sdikit tips yg aku cari kat itenet untuk dijadikan panduan semsa nak pegi temuduga nt..haip!..nah aku tepek kat sini..






Tips temuduga yang berikut boleh membantu.
Perkara yang perlu anda tahu:

  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. korang x payahla menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.




  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris.




  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian.
         3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan     hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.

  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke laut..hihi.

 
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.
  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga. .




***************kalo u ol ikut tips ni gerenti berjaya...:)tp yg aku nyampah,aku sndri pun x pernah "pass "pegi inteview..huwawawa..

No comments:

hi!

welcome to ma veloq..tqvm..
dengar boleh,pecaya jangan!:p..

Pages

Powered By Blogger