Wednesday, November 14, 2012

Hati Ini terguris..

Rasa cam malas nak cerita, tapi x dapat fokus selagi x luahkan..BENGANG.
Berlaku pagi tadi..about 7.30am camtula..Lokasi: Kedai nasi lemak.
Kedai ni memang ramai pelanggan pepagi..sebab memang agak sedap dan 'the one & only" kat situ.. :P

Aku: Nasi lemak satu makcik..Biasa punye.
Makcik: Ok nah, Rm 1.50.
Aku: Hulur duit RM5.00.So baki Rm 4.50.ngam.

Kedai makcik ni ade 2 portion.Satu lagi jual kuih.
Pakcik plak yang jaga.
Nampak apam tu cam lazat..So..

Aku: pakcik ni berapa?( aku amek 2 ketul)
Pakcik:Rm 0.80
Aku: bagi Rm 1.00 ( sambil aku explain,since dia dah jeling bungkusan nasi lemak aku tu) NASI LEMAK DAH BAYAR YER PAKCIK.
Pakcik; Mula diam jer,hulur baki 2 posen tu.. Time nak blah je dia cakap.................yeke dah bayar nasi lemak tu?? X NAMPAK PUN..Muke sinis2 ok.

Aku: Cessss, suatu kepantangan, orang cakap camni..sume orang dengar plak tu..macam 1st time je aku datang sini.N macam aku xde sangat RM1.50 sampai aku nak tipu..

So sebab pakcik tu nak sangat jawapan aku.,,

Aku: Eh pakcik,saya nak bayar kat mokcik tu..Tapi kalau pakcik x caya, nah amekla Rm1.50 ni..sayepun makan berdua..xnak saya makan menda haram..kira saya sedekah la kat pakcik ni sebab memang saya dah dah bayar tadi..aku pandang tepat muka mokcik tu..mokcik tupun terkedu...

Aku letak duit terus blah......

Peringatan : Jangan ingat kedai dah laku sikit nak sound orang sesuka hati.....harap pakcik tu dapat pegi Haji balik hari...TQ.




No comments:

hi!

welcome to ma veloq..tqvm..
dengar boleh,pecaya jangan!:p..

Pages